Apa Yang Ada Dalam Website
Harga adalah termasuk domain .com dan hosting untuk tahun pertama. Untuk tahun-tahun berikutnya, terdapat caj RM150.00 setahun. Untuk pakej ini, website mengangungi bahagian-bahagian berikut.
Home
Bahagian pertama yang orang nampak di mana ada intro bisnes, highlight produk, dan tarik untuk kenal lebih lanjut
About
Serlahkan siapa anda, apa yang anda buat, pengalaman, dan kenapa orang patut percaya pada anda.
Product
Tempat untuk tunjuk apa yang anda tawarkan, terdapat info produk yang tersusun untuk mudahkan pelanggan faham. Setiap produk, akan ada 1 page. Untuk pakej ini, ,maximum 5 produk sahaja.
Contact
Nyatakan cara untuk hubungi anda seperti borang contact, alamat, nombor telefon, dan link ke media sosial
Proses Pembinaan Website
Payment
Pembayaran adalah melalui payment gateway (login bank, bayar, selesai).
Preparation
- Kami akan berikan form untuk diisi dengan maklumat anda dan bisnes (dalam tempoh 24 jam selepas bayaran diterima).
- Anda perlu lengkapkan borang tersebut dalam tempoh 3 hari. Sekiranya tiada submission diterima dalam tempoh 3 hari, jaminan website siap dalam 1 minggu akan terbatal.
- Apabila jaminan ini terbatal, kami tidak lagi boleh menjanjikan bila masanya website anda akan siap. Jadi, anda perlu tunggu sehingga website anda siap mengikut jadual kam (akan mengambil masa yang lebih lama).
- Jika kami tidak menerima maklumat anda dalam tempoh di atas, ini akan mengganggu penjadualan kami dan seterusnya mungkin memberi kesan kepada anda dan klien-klien yang lain.
- Kami menerima tempahan mengikut kapasiti slot yang kami buka pada satu-satu masa. Menerima tempahan anda bermakana kami masukkan anda dalam queue pada slot tersebut.
- Untuk mengelakkan kelewatan ini, pastikan submit form dalam tempoh 3 hari selepas bayaran dibuat.
- Tiada lagi penambahan atau pertukaran maklumat selepas form ini dihantar.
- Sekiranya kami tetap tidak menerima borang ini dalam tempoh 30 hari, projek dianggap selesai tanpa perlu bermula. Wang bayaran tidak akan dipulangkan.
Building
- Selepas maklumat lengkap diterima, kami akan siapkan website dalam tempoh 1 minggu (jika maklumat itu dihantar dalam tempoh 3 hari selepas bayaran diterima).
- Dalam tempoh pembinaan website, tiada lagi sebarang request perubahan atau penambahan akan diterina.
Revision
- Anda perlu semak website dan nyatakan bahagian yang perlu di-revise dalam borang yang akan disediakan.
- Borang ini perlu diisi dalam tempoh 3 hari. Jika tiada maklumat diterima selepas 3 hari, kami anggap projek ini selesai dan kami akan hantar akses website kepada anda.
- Selepas akses telah dihantar, sebarang penambahan atau perubahan, terdapat caj lain.
- Untuk pakej ini, hanya revision dari segi content sahaja (teks, gambar). Tiada revision dari segi design, struktur atau layout.
- Untuk pakej ini, hanya sekali revision sahaja. Mohon untuk senaraikan revision sekali harung.
- Kami akan revise dan finalize dalam masa 3 hari.
Delivery
- Kami akan hantar details akses website beserta rakaman briefing selepas revision dipersetujui.
- Anda perlu menyimpan sendiri details akses ini. Permintaan untuk dapatkan semula details ini akan dikenakan caj sebanyak RM50.
- Selepas akses website dihantar, projek adalah seelsai.
- Tiada lagi apa-apa request selepas fasa ini (melainkan dengan caj).
- Mohon kerjasama untuk sentiasa bersabar dan bersikap profesional dalam proses ini.
- Kami terpaksa menolak mana-mana projek yang ada gambar atau video yang tidak menutup aurat menurut syariat Islam.
Saya telah membaca description di atas dan jelas serta bersetuju dengan skop dan proses pembinaan website.
Saya akan beri kerjasama penuh sepanjang proses ini dengan sentiasa memberi respon dalam tempoh yang diminta.
Saya faham bahawa, jika saya tidak menghantar borang maklumat bisnes dalam masa 3 hari, jaminan website siap dalam tempoh 1 minggu akan terbatal.
Saya bersetuju bahawa sekiranya saya tidak menghantar borang maklumat bisnes dalam tempoh 30 hari selepas link borang diberikan, projek dianggap selesai tanpa perlu bermula. Saya bersetuju bahawa tiada refund akan diberikan.

